Dalam Hati Manusia Ada Kesedihan Dan Kesedihan Itu Tidak Akan Hilang Kecuali Seronok Mengenal Allah

Berita Radix Fried Chicken (RFC)


InsyaAllah.. RFC akan di buka di Bangi.. yea.. :)


Perasmian RFC Kangar mendapat liputan berita TV1





RFC diperluas ke seluruh negara
Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my

9 Julai 2010 – RFC menawarkan perkhidmatan makanan segera berkonsepkan ayam segar organik kepada mereka yang inginkan kelainan dan mementingkan kesihatan.

KANGAR – HPA Industries Sdn. Bhd. (HPA) yang memiliki Radix Fried Chicken (RFC) merancang memperluaskan rangkaian restoran makanan segeranya yang berkonsepkan ayam segar organik di seluruh negara pada penghujung tahun ini.

Dua lokasi yang telah dikenal pasti ialah di Bangi dan Shah Alam masing-masing di Selangor di samping 10 lagi cawangan yang akan dibuka di Kelantan, Pahang dan Johor.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad berkata, pasaran di Lembah Klang akan diterokai sepenuhnya apabila RFC mendapat lesen francais yang akan membuka peluang perniagaan kepada usahawan mahupun orang ramai.

“Ayam goreng RFC kini semakin mendapat sambutan daripada orang ramai kerana kami menyediakan ayam organik yang segar dan baik untuk kesihatan serta halal,” katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan restoran RFC di Seriab, Kangar iaitu cawangan keenam sejak syarikat itu dimulakan setahun setengah lalu.

Majlis itu turut dihadiri Pengarah Urusan 2 HPA, Fisal Ahmas Tajuddin dan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis, Muslim Manja.

Menurut Ismail, pihaknya juga merancang membuka sebanyak 400 cawangan RFC di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun termasuk Sabah dan Sarawak melalui perniagaan francais.

RFC Kangar, Perlis
Info!! Info!! Info!!!
Restoran RFC yang telah dibuka setakat ini:
1. Sungai Petani, Kedah
2. Laguna Merbok, Kedah
3. Alor Setar, Kedah
4. Kluang, Johor
5. Ayer Keroh, Melaka
6. Kangar, Perlis
7. Kubang Kerian, Kelantan

3 comments:

Anonymous said...

RFC BANGI dh bukak ke?kt area mane ye?BBB?

Fazilah Jamaludin said...

Setakat hari ini masih belum buka lagi; masih dalam perancangan. Jika Allah izin, nanti akan ada satu cawangan RFC di Bangi. Kita doa sama2 ye.. :)

~** Reena **~ said...

salam...

cadangkan buka di cawangan kuala kangsar pula.. lagipun tiada lg HPA@RFC di sini...tp kalau nak buka RFC, berapa pulak modalnye...

Post a Comment

Sekapur Sireh ...

Assalamu'alaikum wbt,

Para Pengunjung Yang Dirahmati Allah,

Minta maaf kerana telah lama tidak update blog ini..

segala info lanjut berkenaan produk2 HPA dan seumpamanya boleh la berkunjung ke pautan berikut :

HPA Latest News: http://duniaherbahpa.com/

Atau hubungi En Redza : 0193093956 (peneraju duniaherbahpa.com)

Atau Stokis HPA Seksyen 4 Bangi (Kak Yam) : 0122992640 (stokis aktif yang saya selalu beli barang kt dia)

Jika masih belum mendaftar sebagai ahli HPA tetapi berminat untuk membeli produk2 HPA, anda boleh menggunakan no ahli dan nama saya (575442.MY01 Fazilah Jamaludin) semasa membuat pembelian atau no ahli dan nama ahli yang disenaraikan dalam page ini, sila klik ye -> (senarai no ahli dan nama ahli) . Anda akan diberi harga ahli semasa membuat pembelian nanti.

Rasanya setakat ini sahaja yang ingin dimaklumkan kepada pengunjung. Terima kasih atas kunjungan. Mohon maaf sekali lagi kerana tidak lagi meng "update" blog ini. walaupun tak brp nk update blog ni, saya tetap menyokong produk2 ini, regular customer kepada Kak Yam tau :) ! Especially kopi... Jom sokong produk Muslim setakat mana yang kita mampu kita cuba ya! Moga-moga Allah redha :)

Wassalam ...

Nota : Segala info berkenaan produk2 HPA dan seumpamanya yang ada dalam blog ini mungkin telah outdated ya.. Jadi untuk info lanjut boleh hubungi En Redza atau Kak Yam ..