Dalam Hati Manusia Ada Kesedihan Dan Kesedihan Itu Tidak Akan Hilang Kecuali Seronok Mengenal Allah

Set Bersalin HPA

Set Bersalin
Set Bersalin HPA


SET BERSALIN – 8 PRODUK BERMUTU DALAM 1

Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-

1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.
2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.
3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.
4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.
5. Menghilangkan sakit batu meriyan.
6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.
7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.
8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.

Set bersalin mengandungi:-

Minyak Barut (2 unit).
Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.
Minyak Bayi (1 unit).
Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.
Teh Herba (1 unit).
Minuman berherba yang bertindak sabagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.
Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).
Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.
Kapsul Wanita A & B.
Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B setiap malam.

Ubat Basuh (Kegunaan Luar).
Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.

Spirulina.
Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.

Tambahan Info:
1. Ubat Periuk (4 bunjut)-menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca peranakan wanita dan membersihkan darah nifas.Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.
2. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B- Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba Sihat Wanita A ( I pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.
3. Spirulina- 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.
4. Minyak Barut- Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin. sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.
5. Minyak Bayi- Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.
6. Teh Herba- Diramukan daripada pokok Cantella asiatica (pegaga) untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.
7. Ubat Basuh- Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.

**Sebagai tambahan ibu-ibu amat digalakkan menggunakan Herba Barut sebagai pelengkap set bersalin yang mengandungi herba yang bertindak sebagai pelawas, mengecutkan peranakan, mencegah kemasukan angin ke ruangan peranakan dan baik untuk mencegah fibroid.
Puluhan ribu ibu-ibu telah mengamalkan set bersalin HPA dan kadar pengulangannya amat tinggi yang membuktikan kemujaraban produk ini. Gunakannya dengan penuh keyakinan demi mengembalikan kemudaan tubuh dan kebahagiaan rumah tangga.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 85
Sabah & Sarawak: RM 95

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 70
Sabah & Sarawak: RM 80

Nilai Mata (NM): 25

Kapsul Mega – 3

Produk ini khusus menggunakan Ikan Tenggiri Biru dari Lautan Artik ini mempunyai kadar DHA yang tinggi jika dibandingkan dengan ikan-ikan laut yang lain. Keunggulan produk ini :
  1. Mengandungi kadar mineral yang tinggi
  2. Mengandungi protein yang berkualiti
  3. Lebih mudah diserap oleh badan
  4. Amat sesuai dijadikan amalan oleh ibu mengandung untuk kecerdasan minda bayi yang dikandung
  5. Sesuai mulai bayi hingga dewasa untuk pemakanan kesihatan
  6. Meningkatkan daya kesuburan lelaki dan perempuan
  7. Mengatasi masalah kardiovaskular

Komposisi (60 Kapsul per botol) :

  1. Scomber scombrus
  2. Mallotus villosus
  3. Clupea harengus
  4. Engraulis ringens

Dos :

Umur di bawah 3 tahun : 2 kapsul sehari

Umur 3 hingga 7 tahun : 3 kapsul sehari

umur 7 tahun ke atas : 2 kapsul pagi dan 2 kapsul malam

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 30
Sabah & Sarawak: RM 35

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 24
Sabah & Sarawak: RM 28

Nilai Mata (NM): 15

Rawatan Kesuburan

Cadangan Produk HPA Untuk Mengalakkan Kesuburan

Set lelaki

  1. Radix kapsul: 2 biji pagi 2 biji mlm
  2. Kopi Radix 2x sehari
  3. Evergreen Centella (2 or 3 sudu EC masuk dlm 1 cawan air masak, then campur 3 titik madu asli, kacau, minum)
  4. Madu Asli 1 sudu plastik pagi, 1 mlm
  5. Mega 3 kapsul 2 biji pagi 2 biji mlm

Set wanita

  1. Paramaria Plus 2 biji pagi 2 biji mlm
  2. Herba senggugut (jika ada senggugut) 2 biji pagi 2 biji mlm
  3. herba keputihan (jika ada keputihan) 2 biji pagi 2 biji mlm
  4. Kopi radix 2x sehari
  5. Mega 3 kapsul 2 biji pagi 2 biji mlm
  6. Madu asli 1 sudu plastik pagi, 1 mlm
  7. Evergreen Centella (2 or 3 sudu EC masuk dlm 1 cawan air masak, then campur 3 titik madu asli, kacau, minum )

Cadangan rawatan ini saya perolehi daripada En Muhammad Redza : muhamadredza@gmail.com

Ficus (Herba Buasir)

Buasir ialah benjelon yang wujud di selaput lendir rektum atau pada kulit dubur. Sembelit merupakan punca terjadinya buasir teruatamanya berlaku apabila seseorang itu mengerang untuk proses pembuangan air besar. Keadaan ini juga berlaku pada wanita yang mengerang untuk melahirkan bayi.

Kekurangan serat dan makanan pedas juga merupakan punca kepada terjadinya buasir. Penderita buasir akan mengalami pedih, keluar benjolan, gatal pada rektum dan berlaku pendarahan. Ficus merupakan produk terbaik untuk mereka yang mengalami permasalahan tersebut. Herba Ficus Callicarpa (Pokok Tengkuk Biawak) merupakan herba utama dalam ubat buasir ini.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Ficus Callicarpa 2. Ipomea Reptans

Dos :
Amalkan 3 kapsul pada pagi dan 3 kapsul pada malam. Amalkan bersama Teh Herba dan sapukan Minyak But-But pada bahagian dubur.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18

Nilai Mata (NM): 8

==============================================

Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Ficus Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA

Ficus/bedak delima (biji) untuk buasir

Ficus adalah salah satu produk HPA yang berkesan untuk buasir. Ia di buat daripada sejenis herba yang dikenali sebagai pokok Tengkok Biawak ataupun Ficus calicarpa.Dilihat dari bentuk batangnya mengambarkan juga seperti usus orang yang buasir.

Herba ini bersifat astringen iaitu mengecutkan dan bahagian yang berkesan untuk rawatan buasir daripada getahnya yang berwarna merah. Sebaiknya dibuka kapsul dengan dos 5x 3 dan di bancuh dengan air panas segelas ketika perut kosong. Kalau ada ketulan yang menyakitkan di luar boleh gunakan bedak delima (biji) yang baru dipasarkan.

Dalam masa yang dekat ketulan akan menjadi kecut, InsyaAllah.

Ficus untuk buasir

Ficus calicarpa dan Ardisia crispa merupakan dua herba astringen(kelat/sepet(ind) yang mempunyai kesan mengecutkan buasir/peradangan.Namun bagitu ada sedikit teknik pengambilan kapsul ficus agar lebih berkesan iaitu:-

1. Buka kapsul dengan dos minima 3×3 bagi yang tidak teruk dan 5×3 bagi yang serious.
2. Masukan serbuk kedalam gelas sederhana dan dimasukan air yang mendidih kedalamnya.
3. Kacau/aduk(ind) dan tutup dengan piring agar tidak keluar wapnya.
4. selepas agak suam,minum persiapan herba tersebut sebelum makan.

InsyaAllah , kaedah perawatan buasir yang mudah dengan herba terpilih.

Rawatan Fibroid

1. Shark Cartilage
Minggu Pertama :
Pagi - 1 kapsul
Malam - 2 kapsul


Minggu kedua dan seterusnya :
Pagi - 2 kapsul
Malam - 2 kapsul

*** Herba ini perlu diambil 1-2 jam sebelum herba2 lain

2. Herba Tuju Angin
Pagi - 2 kapsul
Malam - 2 kapsul

3. Spirumadu
Pagi - 1 sudu
Malam - 1 sudu

4. Herba Paramaria
Pagi - 2 kapsul
Malam - 2 kapsul

## semua herba ini perlu diambil sebelum makan.
Keberkesanannya bergantung kepada badan individu dan dengan izin Allah

Cadangan rawatan ini saya perolehi daripada En Ridzuan Bin Abdul Razak: gempur_radix@yahoo.com

Cecair Pencuci Fabrik Fresia

Antara kelebihan produk ini adalah :
  1. Mudah larut dan kurang buih agar musah dibilas.
  2. Bertindak menanggalkan kotoran degil dengan mudah.
  3. Tidak melusuhkan pakaian berwarna.
  4. Proses menggosok pakaian akan lebih mudah dan terurus.
  5. Tidak merosakkan tangan.
  6. Pakaian lebih harum dan berseri.
  7. Air yang dibilas boleh digunakan sebagai baja tumbuhan kerana ia bersifat organik.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 18
Sabah & Sarawak: RM 22

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18

Nilai Mata (NM): 2

HPA Mahu Buka Pasaraya Besar !!!

Alhamdulillah... mudah-mudahan Pasaraya ni dibuka kurang dari tempoh lima (5) tahun.. Tak sia-sia join HPA... Apa lagi... mari cepat bersama kami!!!


Isnin, 1 Nov 2010 – HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) milik Bumiputera terbesar di negara ini, menyasarkan mempunyai pasar raya besar berkonsep produk halal dan suci keluaran orang Islam sendiri dalam tempoh lima tahun akan datang.

Keyakinan itu bersandarkan HPA yang juga MLM berkonsep syariah bermula daripada jualan daripada rumah ke rumah sebelum dinaikkan taraf kepada cawangan, halal mart dan terbaru HPA Halal Mall yang dilancarkan pada 2 Oktober lalu.

Majlis pelancaran HPA Halal Mall itu bersamaan dengan perasmian mercu tanda HPA dikenali HPA International Center (HPAIC) yang bernilai hampir RM60 juta di Seksyen 13, Shah Alam Selangor pada hari yang sama, disempurnakan Pengarah Urusan 1 HPA, Ismail Ahmad bersama lebih 2,000 Pengarah Jati Setia (PJS) dan ahli syarikat itu dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja dan Brunei.

Ismail berkata, pelancaran HPAIC bermakna ‘gelombang kedua’ yang harus dilalui semua warga syarikat itu selepas kejayaan yang diraih syarikat yang bermula dengan modal permulaan hanya RM3,000 pada 1998, tetapi kini mencatatkan jualan hampir RM20 juta sebulan di Malaysia dan RM3 juta di Indonesia.

“Permintaan produk halal di seluruh dunia tahun ini saja berjumlah RM7.1 trilion dan HPA melihat peluang yang cukup besar untuk HPA kerana perjuangan kita selama ini untuk membawa produk halal dan suci kepada ummah.

“HPA Mall adalah langkah awal untuk kita merealisasikan impian mempunyai emporium produk halal dan suci kita sendiri pada masa depan dengan sasaran kita pasar raya besar di atas jenama kita akan dibuka selewat-lewatnya lima tahun lagi,” katanya.

Menurutnya, HPA yakin pemasaran tidak menjadi masalah kerana selain mempunyai lebih 670,000 ahli yang komited di Malaysia dan 250,000 di Indonesia, Kemboja, Thailand dan Brunei, produk halal dan suci dicari semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.

Ismail berkata, masalah utama untuk HPA membuka pasar raya besar sekarang ialah faktor kekurangan produk.

“Perancangan HPA ialah selain produk yang kami keluarkan sendiri, syarikat ini juga menjadi pemasar bagi produk orang Islam yang dikenal pasti halal dan suci serta daripada bahan bermutu,” katanya.

Disebabkan itu, katanya, HPA kini melaksanakan program khas untuk mencari usahawan Bumiputera menjadi rakan niaga kepada HPA.

Radix Koko 1 Kg

Produk ini berbentuk serbuk tidak seperti produk terdahulu yang berbentuk sachet (paket) namun kandungannya (serbuk koko dan ekstrak barli) tetap sama. Cara menyediakan minuman Radix Koko ini ada disediakan pada label produk. Beralihlah segera kepada Radix Koko. Jadikan ia minuman coklat utama anda dan keluarga anda.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 22
Sabah & Sarawak: RM 26

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 18
Sabah & Sarawak: RM 22

Nilai Mata (NM): 5

Berita Berkaitan:

1. Radix koko ternyata lebih sedap daripada produk koko yang lain, itulah sebahagian komentar yang saya terima dari pengguna. Mungkin perlu saya jelaskan bahawa radix koko telah dimasukan ekstrak tunas barli yang mula bercambah. Kalau anda pernah melihat taugeh daripada kacang hijau tentu anda akan faham tentang tunas yang baru bercambah pada biji barli. Oleh sebab itu rasanya bagitu lemak dan berkhasiat.

Koko memang terkenal untuk afrodisiak namun bagitu Radix koko HPA ekstrak barli mempunyai kesan serat yang tinggi untuk berfungsi sebagai pelawas dan koko sendiri boleh mendatangkan ketenangan pada penggunanya.

Oleh sebab itulah radix koko dijangka akan mendapat tempat dipasaran terbuka secara meluas InsyaAllah.

2. Alhamdulilah kita telah mula memasarkan MILO kita sendiri yang dikenali sebagai RADIX KOKO. Semua pengedar akan menjadi penilai kepada RADIX KOKO yang dikatakan akan menjadi persaing terdekat MILO. RADIX KOKO di rumus khas supaya mempunyai rasa yang dapat diterima oleh masyarakat di negara ini.

Apakah HPA memasukkan herba dalam RADIX KOKO? Jawapannya tidak, kerana koko mempunyai rasa yang sangat sensitif kepada perubahan. Radix koko lebih mensasarkan pasaran kanak-kanak dan produk halal daripada HPA. Selepas ini HPA akan mengeluarkan RADIX MOCHA dimana Kopi Radix dicampur dengan RADIX KOKO. InsyaAllah.

Apa pun keluaran HPA yang akan datang, ulasan yang kita terima daripada pengurus zon utara, Ust Samad beliau berpendapat RADIX KOKO lebih sedap daripada MILO dan akan berjaya mengambil pasaran dinegara ini. Gempur Radix Koko!

Berita dipetik dari blog JawiHerbShop.blogspot.com

Pencuci Organik Widuri, Angsana, Merbau


1. Pencuci Pinggan Organik (Widuri)
2. Pencuci Tandas Organik (Angsana)
3. Pencuci Lantai Organik (Merbau)

100% organik, tanpa SLS (sodium lauryl sulfate).

Berat: 600 ml

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 4.50
Sabah & Sarawak: RM 5.50

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 4.00
Sabah & Sarawak: RM 4.50

Nilai Mata (NM): 1


Info!! Info!! Info!!!
Harga Promosi sehingga Disember 2010 adalah .....
RM 3.00 sebotol!!!
:) cepat beli.. jangan lepaskan peluang !!

Berita Radix Fried Chicken (RFC)


InsyaAllah.. RFC akan di buka di Bangi.. yea.. :)


Perasmian RFC Kangar mendapat liputan berita TV1





RFC diperluas ke seluruh negara
Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my

9 Julai 2010 – RFC menawarkan perkhidmatan makanan segera berkonsepkan ayam segar organik kepada mereka yang inginkan kelainan dan mementingkan kesihatan.

KANGAR – HPA Industries Sdn. Bhd. (HPA) yang memiliki Radix Fried Chicken (RFC) merancang memperluaskan rangkaian restoran makanan segeranya yang berkonsepkan ayam segar organik di seluruh negara pada penghujung tahun ini.

Dua lokasi yang telah dikenal pasti ialah di Bangi dan Shah Alam masing-masing di Selangor di samping 10 lagi cawangan yang akan dibuka di Kelantan, Pahang dan Johor.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad berkata, pasaran di Lembah Klang akan diterokai sepenuhnya apabila RFC mendapat lesen francais yang akan membuka peluang perniagaan kepada usahawan mahupun orang ramai.

“Ayam goreng RFC kini semakin mendapat sambutan daripada orang ramai kerana kami menyediakan ayam organik yang segar dan baik untuk kesihatan serta halal,” katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan restoran RFC di Seriab, Kangar iaitu cawangan keenam sejak syarikat itu dimulakan setahun setengah lalu.

Majlis itu turut dihadiri Pengarah Urusan 2 HPA, Fisal Ahmas Tajuddin dan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis, Muslim Manja.

Menurut Ismail, pihaknya juga merancang membuka sebanyak 400 cawangan RFC di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun termasuk Sabah dan Sarawak melalui perniagaan francais.

RFC Kangar, Perlis
Info!! Info!! Info!!!
Restoran RFC yang telah dibuka setakat ini:
1. Sungai Petani, Kedah
2. Laguna Merbok, Kedah
3. Alor Setar, Kedah
4. Kluang, Johor
5. Ayer Keroh, Melaka
6. Kangar, Perlis
7. Kubang Kerian, Kelantan

Syampu Pegaga

saympu pegaga hpaSyampu yang dirumus khas dengan pegaga untuk membersih dan memberi kelembapan untuk melembut dan membantu rambut menjadi sihat dan senang diurus. Boleh digunakan setiap hari. Ikuti dengan Perapi Rambut Pegaga. Untuk pembaikan mendalam gunakan Masker Rambut Pegaga 1-2 kali seminggu.

Berat: 250 ml

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 13
Sabah & Sarawak: RM 15

Harga Pengedar HPA

Semenanjung Malaysia: RM 10
Sabah & Sarawak: RM 12

Nilai Mata (NM): 4

Teh Manjakani

Nama saintifiknya ialah Quercus infectoria dan kebanyakannya di import daripada India. Ia mempunyai sifat astringen, antiseptik dan hemostatik. Kandungan pirogalotonin didalam manjakani telah dijadikan sebagai ubat keputihan, peradangan sendi dan untuk melangsingkan tubuh.

Teh manjakani mempunyai kelebihan yang sangat unit kerana ia baik sekali digunakan untuk wanita bagi keputihan dan mengecutkan peranakan dan tidak memberi kesan negatif jika diambil oleh wanita belum berkahwin.

Kegunaan umum untuk lelaki dan wanita ialah bagi rawatan peradangan sendi, senguh, sakit atau kelebihan asid urid. Kesan jangka panjang yang akan dapat dilihat teh manjakani digunakan untuk melangsingkan tubuh. Ini dapat dilihat setelah 1bulan mengamalkanya. InsyaAllah.

Harga Pengguna
RM 22

Harga Pengedar HPA
RM 16

Kismis Minda


Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Penggunaan kismis (vitis vinifera) dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa. Ia boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya.

Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot.

Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.

Nama-nama bagi kismis:
Inggeris –> Grape seed / Raisin
Arab –> Zabib
Melayu –> Kismis
Saintifik/latin –> Vitis vinifera

Khasiat dan Kegunaan Kismis:

1. Melindungi hati.
2. Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).
3. Melawaskan pembuangan air besar.
4. Memperbaiki tone dan keanjalan kulit
5. Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi perubatan Islam).
6. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 10
Sabah & Sarawak: RM 12

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 8
Sabah & Sarawak: RM 10

Radix Bakery House

Radix Oriental Cuisine

Restaurant Organic Recipe


ini je yang sempat di"snap"... masa tu dah lapar sgt.. so, terlupa nak amik gambar masa makan.. hehe mai la datang ke "Restaurant Organic Recipe"

Sos Roselle, Sos Thai, Sos Cili










Ketiga-tiga sos ini memang sedap.. jom la rasa.. best...

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 3.30
Sabah & Sarawak: RM 3.80

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 2.80
Sabah & Sarawak: RM 3.30

Nilai Mata (NM): 0.25

Bedak Talkum Wanita

Adunan istimewa dengan haruman sitrus, bunga-bungaan dan rempah ratus menimbulkan keceriaan dan keselesaan agar terasa segar, nyaman dan harum.

Kandungan: 80 g

*MBK – Mari bersama kami

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 6.50
Sabah & Sarawak: RM 8.00

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 5.50
Sabah & Sarawak: RM 6.50
Nilai Mata (NM): 2

Vitex (Herba Darah Tinggi)


Vitex berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan menjadikan normal. Tanda-tanda awal hipertensi dapat diketahui seperti berikut; sakit bahagian kepala, mata merah dan berair, kesemutan di kaki dan tangan, terasa sakit dan tegang di bahagian tengkuk. Sekiranya tidak diatasi dari awal maka penderita akan menghadapi masalah berikut; stroke atau lumpuh pada kaki dan tangan, rabun hingga mengakibatkan buta, pecah di bahagian pembuluh darah hingga mengakibatkan koma, gangguan saraf, dan lumpuh, lemah jantung, ginjal menjadi rosak dan gagal berfungsi.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Tetra Indica

2. Vitex Pubscens

3. Micromelum Pubscens

4. Tinospora Crispa

5. Physalis Minima

Dos :
Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul pada malam. Amat baik diambil bersama Teh Herba dan Pelawas.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18

Nilai Mata (NM): 8

Dew Minuman Berperisa

KRISTAL MINERAL ASLI
- Tahan Lapar Ketika Berpuasa
- Bertenaga Ketika Solat Terawih
- Pemanduan Jarak Jauh
- Tambah Oksigen Dalam Sel
- Ahli Sukan
- Gastrik
- Mudah Buang Air Kecil & Besar
- Haid Tidak Menentu
- Mengurangkan Berat Badan
- Tekanan Darah Tinggi
- Letih & Mengantuk
- Sakit Kepala Atau Migrain
- Lelah & Melapangkan Saluran Pernafasan
- Stabilkan Kandungan Gula Dalam Darah (Kencing Manis)
- Membuang Lendir Berlebihan Pada Paru-paru
- Menstabilkan Denyutan Jantung
- Gout
- Menghilangkan Bau Badan & Kaki
- Awet Muda

Isipadu: 400ml per botol

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 3.50
Sabah & Sarawak : RM 4.00

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM 3.00
Sabah & Sarawak : RM 3.50

Nilai Mata (NM): 0.5

Ayam Radix Organik HPA

Ayam organik yang diternak sendiri oleh HPA ini dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali. Tanpa enzim tumbesaran, tanpa vaksin dan di sembelih mengikut tatacara syariah.

Artikel Berkaitan Ayam Organik HPA

DAUN MAMBU GANTI VAKSIN

Yang ditunggu sudah tiba!

Umat islam di negara ini tidak lagi perlu berasa was-was apabila menjamu ayam. Tiada lagi ayam cucuk , ayam disuntik dengan vaksin babi atau ayam dicampur dengan daging babi sebelum diedarkan. Ini kerana HPA Industries Sdn Bhd (HPA) kini melangkah setapak lagi dalam usaha menyediakan produk halal dan suci kepada ummah dengan mengembangkan sayap perniagaan kepada industri penternakan ternakan ayam organik di Kok Klang, Perlis.

Lebih menarik ialah reban ternakan menggunakan teknologi moden dengan dilengkapi sistem pemakanan dan penyejukan yang terkawal secara automatik sepenuhnya. Tujuan dilaksanakan projek ini ialah untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah bagi menyediakan makanan dan pasaran yang halal lagi suci untuk umat islam, terutama dengan laporan ‘tidak enak’ mengenai ayam di pasaran sekarang. Ayam organik atau dipanggil ayam sihat kerana pemakanannya datang dari sumber yang bersih seperti temukut, jagung, serbuk ikan dan sebagainya. Ia benar-benar bebas daripada sebarang makanan yang bercampur dengan bahan kimia. Ayam organik HPA turut diberi makan daun mambu yang cukup baik untuk kesihatan.

Menurut En. Abd Ghani Husein selaku Pengurus Besar R&D, ayam organik ini tidak disuntik apa-apa hormon, vaksin atau antibiotik. Kaedah suntikan itu kini menjadi amalan sebahagian besar penternak, terutama bukan islam supaya ayam mereka cepat besar.

“Makanan ayam organik ini bukannya seperti dedak yang diambil dari kilang, tetapi sumber daripada tumbuh-tumbuhan herba,”katanya. Ayam organik yang sudah terbukti memiliki protein lebih tinggi dari ayam kampung biasa. Kaedah ayam organik ini diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit , pandan dan lain-lain dan tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol”, kata Abdul Ghani ketika ditemubual. Sementara itu, Pengarah Urusan HPA mengalukan sesiapa yang mempunyai reban untuk bekerjasama menghasilkan ayam organik HPA”.

“Pasaran ayam ini cukup luas. Bekalan kita tidak cukup. Saya harap siapa yang tidak dapat jangan kecewa terus cuba”,katanya yang berhasrat menambah pengeluaran kepada 300,000 ekor ayam organik sehari.

Sumber: http://hpa.com.my/hpanews/index.php?option=com_content&task=view&id=44&Itemid=2

Harga Pengguna
Gred A (1.7 KG) : RM 22
Gred B (1.5 KG) : RM 20
Gred C (1.3 KG) : RM 18

Harga Pengedar HPA
Gred A (1.7 KG) : RM 18
Gred B (1.5 KG) : RM 16
Gred C (1.3 KG) : RM 14

Nilai Mata (NM): 2

Kordial Jambu Batu Merah


Jambu Biji (Guava Psedium) tumbuh di Malaysia dan di negara-negaraAsia Tenggara yang lain sehingga ke Asia Selatan, India dan Sri Lanka. Tumbuhan ini adalah daripada jenis perdu, batang keras dan memiliki banyak ranting.

Nama Saintifik : Guajava Psideum, Jambu Batu / Jambu Batu Merah (Malaysia), Jambu Biji (Indonesia).

Khasiat : Merawat Diabetis, Cirit-birit, Angin, Tak Lawas Kencing, Masalah Usus, Radang Usus, Penyakit Kulit, Luka Baru dan Ulcer.

Komposisi Kimia : Karbihidrat, Vitamin A, B1, C, Kalsium, Fosforus, Besi, Protein dan Air.

HPA telah menggunakan Jambu Biji jenis merah di dalam produk Kordial Jambu Batu. Diperbuat daripada Jambu Batu Merah segar terpilih yang bermutu tinggi. Ia adalah minuman segar, enak, berkhasiat tanpa pewarna tiruan. Baik untuk kesihatan seisi keluarga.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 15
Sabah & Sarawak: 18

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 12
Sabah & Sarawak: 15

Nilai Mata (NM): 4

Radix Mee Kuning Kering

Satu alternatif untuk semua yang tercari-cari mee kuning keluaran umat Islam. Radix Mee Kuning ini didatangkan dalam bentuk kering.
Sumber : http://hpaproduct2u.blogspot.com/2009/11/radix-mee-kuning-kering.html

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 4.00
Sabah & Sarawak: RM 5.00

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 3.50
Sabah & Sarawak: RM 4.00

Nilai Mata (NM): 1

Sardin HPA

Pasaran untuk sardin dalam bentuk tin sangat tinggi sehinggakan dalam waktu yang terdekat sahaja hampir semua cawangan HPA kehabisan stoknya. Pemintaan yang tinggi ini di jangka akan berterusan memandangkan hanya satu sahaja syarikat pengetinan sardin yang di miliki oleh bumiputra di Malaysia. HPA menjadikan produk ini sebagai salah satu produk halal yang dipasarkan di dalam sistem MLM Syariahnya.


Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 6.50
Sabah & Sarawak: RM 8.00

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 5.50
Sabah & Sarawak: RM 7.00

Nilai Mata (NM): 1

Sekapur Sireh ...

Assalamu'alaikum wbt,

Para Pengunjung Yang Dirahmati Allah,

Minta maaf kerana telah lama tidak update blog ini..

segala info lanjut berkenaan produk2 HPA dan seumpamanya boleh la berkunjung ke pautan berikut :

HPA Latest News: http://duniaherbahpa.com/

Atau hubungi En Redza : 0193093956 (peneraju duniaherbahpa.com)

Atau Stokis HPA Seksyen 4 Bangi (Kak Yam) : 0122992640 (stokis aktif yang saya selalu beli barang kt dia)

Jika masih belum mendaftar sebagai ahli HPA tetapi berminat untuk membeli produk2 HPA, anda boleh menggunakan no ahli dan nama saya (575442.MY01 Fazilah Jamaludin) semasa membuat pembelian atau no ahli dan nama ahli yang disenaraikan dalam page ini, sila klik ye -> (senarai no ahli dan nama ahli) . Anda akan diberi harga ahli semasa membuat pembelian nanti.

Rasanya setakat ini sahaja yang ingin dimaklumkan kepada pengunjung. Terima kasih atas kunjungan. Mohon maaf sekali lagi kerana tidak lagi meng "update" blog ini. walaupun tak brp nk update blog ni, saya tetap menyokong produk2 ini, regular customer kepada Kak Yam tau :) ! Especially kopi... Jom sokong produk Muslim setakat mana yang kita mampu kita cuba ya! Moga-moga Allah redha :)

Wassalam ...

Nota : Segala info berkenaan produk2 HPA dan seumpamanya yang ada dalam blog ini mungkin telah outdated ya.. Jadi untuk info lanjut boleh hubungi En Redza atau Kak Yam ..